..::s.a.n.d.a.r.a.n.h.a.t.i::..
norzitatytalib.blog the web

..::f.o.l.l.o.w.e.r.s::..

Bunga Bakawali


Bunga BAKAWALI atau nama saintifiknya Epiphyllum oxypetalalum, cantik rupanya bunga bakawali ni...korang tau tak keistimewaannya??? Aku tak tau asalnya tapi antara kesiatimewaan bunga bakawali yang aku search kat google
bunga bakawali ni sangat unik sebab bunga bakawali hanya kembang pada malam hari terutama menjelang tengah malam. Bunga ini hanya akan kembang tepat jam 12:00 tebgah malam dam kembali layu 3 jam selepas itu.

Uniknya lagi, setiap kuntum bunga bakawali cuma mekar dan kembang sekali sahaja kerana lazimnya ia akan layu dan gugur pada keesokan harinya. So kalau nak tengok bunga ni berkembang mekar, bolehla menunggu di hadapan pokok tu..macam che'ah dan kakak dia (owner gambar bunga ni hehehehe).



Bunga bakawali juga mempunyai kegunaan dalam perubatan berasaskan herba. Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, air embun yang terkumpul dalam bunga berkenaan boleh digunakan untuk membersihkan mata.

Menurutnya, pokok berkenaan perlu ditanam di luar rumah sama ada di dalam pasu atau sebahagian daripada landskap.

“Selepas bunga bakawali kembang mekar pada malam hari, ia akan menguncup semula sejurus tengah malam dan menyimpan air embun di celah-celah kelopaknya.

“Sebelum ia layu dan gugur pada awal pagi, anda bolehlah ambil bunga tersebut dan kemudian terus curahkan air embun di dalamnya ke mata,” jelas Tajuddin.

Menurut beliau, selain membersihkan kotoran yang terdapat di dalam mata, air embun bunga bakawali juga boleh menambahkan kesegaran dan kesihatan mata.

Selama ni taty tau nama jer, kalau pernah nampak pun gambar bunga ni kat internet tak tau pun tu bunga bakawali. Yang taty tau masa form 5 kat SMTPJB taty duk dorm bakawali. Haa...cite sal dorm bakawali teringat kisah lama. Tak per yang ni taty cerita kat post lain k!

0 comments:

Post a Comment

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies